
Kadang-kadang kau, aku, dan semua haiwan sosial terfikir,
Kenapa itu dan kenapa ini,
Kenapa aku dilahirkan sebagai Islam, atau agama lain?
Kenapa aku ini Melayu, atau bangsa lain....
Kenapa aku sekarang, pada masa ini, di sini, tapi bukan di sana?
Jujurnya, itu soalan lazim aku hari-hari.....
(Aku tak kisah kalau kau bertanyakan benda sama atau tak, sebab ni blog aku so suka hati la aku nak tulis apa :))
Tapi aku percaya kepada ketentuan.
Bagi aku semua yang terjadi semalam, hari ini, dan esok adalah yang terbaik untuk aku dan hidup.
Aku bagi analogi mudah,
Mungkin korang pernah terfikir kenapa korang dilahirkan lantas tinggal dengan keluarga yang korang ada sekarang.
walaupun mungkin ada antara kita yang kadang kala mengeluh dengan situasi keluarga sendiri.
tapi pernah tak korang letakkan diri korang dilahirkan dan tinggal bersama keluarga lain di sekeliling korang.
atau lebih tepat lagi, BOLEH tak korang letakkan diri dalam situasi itu.
bukankah semuanya akan jadi janggal maha pelik.
Kerana itu adalah ketentuan, ketentuan yang Maha Pencipta.
Dia tahu apa yang terbaik untuk kau dan aku.
Aku bersyukur membesar dalam keluarga yang sederhana tapi penuh dgn kasih sayang,
dan aku tak pernah idamkan keluarga yang mewah dgn harta yang melimpah ruah...
sebab aku tau, ketentuan Tuhan inilah yang terbaik untuk aku :)
Aku bersama org sekeliling aku sekarang,
kawan-kawan aku, kenapa bukan dengan kelompok kawan2 yang lain di pelusuk dunia yang lain?
Kerana Tuhan itu tahu hidup aku yg terbaik dapat dikecap bersama mereka, di sini :)
Aku bersama si "dia" ...
Kenapa bukan dengan orang lain?
Kalau ketetapan hidup aku itu bersama perempuan yang bernama Alia Bee,
Jika dikumpul ratusan Alia Bee dari serata dunia pun,
kebahagiaan dan kegembiraan itu tak akan sama :)
Sebab apa? Sebab Tuhan itu tahu ketetapan yang terbaik untuk aku....
Jadi entri ini cuma menyedarkan kita akan apa yang ditetapkan oleh Tuhan.
dan buatkan kita bersyukur dengan apa yang ada....
Tuhan, aku bersyukur atas kesederhanaan yang kau kurniakan dalam hidup aku.
Terima kasih untuk keluarga, kawan-kawan, dan si "dia", kelompok insan penguat semangat aku..
Kerana aku tahu.
Ketentuan kau yang tetap ini, adalah ketentuan terbaik untuk hidup aku :)


2 comments:
:)
lama kmu xupdate.. as usual.. god writing :)
Post a Comment