January 25, 2012

Hidup Seorang

Kehidupan ini sebenarnya satu percaturan individu....
Kenapa aku cakap macam tu...
Sebab kehidupan seseorang itu sebenarnye kisah kita...

Bila aku kata kisah kita, bermaksud hanya satu individu yang memainkan peranan penting...
Iaitu "engkau" sendiri...

Aku memandang hidup ini sebagai satu percaturan...
Yang hanya aku yang boleh tentukan..dan bukan orang lain
memang betul, kita dikelilingi dengan ramai org
keluarga, sanak saudara, sahabat, dan mereka yang langsung tak pernah kita kenal...
dan memang betul, mereka memainkan peranan yang besar dalam hidup kita...

Aku tak menolak kewujudan mereka dalam hidup aku,
tapi bila kau fikirkan balik, setiap satu pilihan...
setiap satu keputusan....
dan setiap satu tindakan....
hanya kita yang tetapkan...
kita fikir dan rancang, dan kita buat...

Dengan siapa kau ingin hidup...
Dimana kau ingin tinggal....
Agama apa yang kau pegang....
Kerjaya apa yang kau pilih....
Dengan siapa kau mahu berkawan....
Cara hidup bagaimana yang kau pilih...dan sebagainya...

semua itu keputusan engkau, (betul atau tidak)....
bukan orang lain...
dan hidup ini hanya sekali...
sebagai seorang Muslim, aku tidak mempercayai kehidupan kedua atau ketiga,
jadi aku tahu, setiap keputusan yang aku buat tu, adalah keputusan yang hanya sekali aku buat dlm hidup...

Jadi, Tuhan kurniakan kita akal untuk berfikir....
fikirlah tentang segalanya....
tentang itu dan ini....
rancang, dan buat keputusan....

Tapi jangan lupa,
dalam kita merancang, kita harus ada landasan...
(kalau tak, kita sama dengan perancangan si monyet dan si anjing)
masing2 ada landasan sendiri, so jadikan itu sebagai panduan...

dan jangan sekali kita lupa...
kita merancang, Tuhan juga merancang,
tapi perancangan Allah adalah yang terbaik :)