July 30, 2011

Kau Pilih Itu ?


Kau berhenti....
Kakimu kaku....
Langkahmu buntu....

Di satu persimpangan dan pembahagian ....
di mana kau harus membuat keputusan....
jangan tanya siapa.....tanya kau, tanya jiwa, dan tanya hati...
kerana kisah ini tentang kita, dan bukan mereka...

Kau berhenti....
Kakimu kaku,
Langkahmu buntu.....

Tiba masa, jiwamu nekad...
Kau pilih "jalan" itu.....
dan kini tiba masanya aku pula buntu....
lantas aku bertanya, kenapa itu? dan bukan ini?

sedang kau tahu, mahu ku INI, dan bukan ITU!
kita juga tahu, "ITU" akan buat kau aku menangis...
ITU akan buat segalanya punah....
tapi tetap....kau pilih ITU ....

sekelip mata,
angin menghapus segala kenangan....
hujan membuang segala impian....
aku tak mahu melawan....kerana ITU pilihan kau...

aku mahu terus menangis,
diteman seribu satu senyuman hari baru

Aturan Hidup


12.49 am . . .
Suhu keliling : 9 Celsius
Keadaan sekeliling : 5 butir bintang dekat langit yang aku dapat tengok dari tingkap bilik aku
Salakan anjing jiran yang bernama Sam : 7 kali seminit
Bunyi kedengaran : Hp house mate, BBM phone aku, dan bunyi org masak kat dapur

Aku mula berfikir gunakan otak yang tak seberapa pandai ni,
kenapa....
suhu, keadaan, salakan Sam, bunyi yang kedengaran semalam jam 12.49 am tak sama dengan apa yang terjadi masa sekarang waktu papan keyboard aku meletup2 ni....
kenapa...(berfikir sambil teguk air coke 80c sebotol - paling murah kat supermarket)

sebab segalanya ada ketentuan...
segalanya ada peraturan....
semuanya dah ditulis oleh "Pengarang" atau "Pengarah" terhebat di atas sana....
siapa kita untuk mendabik dada bila sedikit kejayaan dapat kita kecapi?
sedangkan si "Dia" tidak memerlukan siapa utk "merancang" segalanya di muka bumi....

"Pengarah" itu mahu kan kita akur pada arahanNya...
sejak matahari dicipta,
matahari tidak pernah engkar untuk terbit dan menyinar ....
sejak bulan dicipta,
bulan tidak pernah bongkak untuk menerangi kegelapan malam....

lantas...siapa kita?

dan aku percaya....
"Pengarah" dan "Perancang" itu turut mahu kita "mengarah & merancang",
bukan untuk mengatur alam, tetapi mengatur kehidupan....
peluang ini sekali.... bukan dua bukan tiga....
bila kau mati, peluang itu tak akan kembali.... lupakan....jangan berangan...
gagal bererti gagal...mengerti?

jadi segalanya harus dirancang....
agama mana yang mahu kau pilih?
sunnah siapa yang mahu kau ikuti?
bagaimana jasa ibu ayah boleh kau kenang?
dengan siapa hidup kau ini mahu kau kongsi.... siapa teman kau?
dan banyak lagi.... (aku malas nak taip panjang sebab aku dah mengantuk)
ingat...peluang hanya sekali....
sebab?

kesilapan pada agama, maka jawapannya neraka...
kesilapan pada sunnah dan ikutan, jawapannya turut neraka,
kesilapan pada ibu ayah, maka jawapannya derhaka!
kesilapan dalam memilih pasangan hidup, maka jawapannya celaka!
ingat.... peluang hanya sekali....

------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : satu cadangan ringkas. aku mencadangkan korang2 semua untuk try lawat blog ni.
satu2 nya blog yang aku rasa cukup bagus tulisannya. aku dapat rasakan segala2nya ditulis mengikut kata hati, dan bukan sumber lain. Dan aku cukup bangga sebab die ex-schoolmate aku dulu! tapi sebelum tu aku ada pesanan ringkas :
  1. kepada orang yang tak ada hati dan perasaan
  2. kepada bimbo omaigod/o-em-gee / euuuwww
  3. kepada pembenci blog aku
  4. kepada mamat2 berlagak macho nak mati
TAHNIAH, anda semua dikecualikan dari cadangan utk lawat blog kawan aku ni. satu word untuk korang - pergi "mampos" =) baik bukak facebook, twitter or tumblr ke sebab kat situ boleh crite pasal fashion atau stalk orang atau nak menggatal dgn orang ye.....

oh yea, salam ramadhan buat umat Islam di seluruh dunia terutamanya Ibu dan Ayah aku, serta family kat K.L. Allahumma Balighna Ramadhan =)

July 28, 2011

dalam kepala aku ada ini

Blog ini ber-URL kan "nazarallah.blogspot.com"
Blog ini tuan empunya-nya, Aku ....
Segala huruf dan perkataan yang keluar itu hak milik aku...

Jadi....
errrrrrmmmm.... tiada batas utk aku meluahkan sesuatu...
atau bahasa halusnya,
pergi mampos la aku nak tulis apa.....

siapa yang punya fikiran bertentang,
aku tak pernah tarik mouse anda dan anda dan anda semua utk ke link blog aku...
kalau tak suke, better tgk Youtube, or Facebook or Twitter, or Myspace... (ikut suke korang la)

sebab yang membuat keputusan utk menulis adalah aku...
sebab dalam kepalaku ada ini ...
(bak kata member aku - izham ismail)

July 27, 2011

Perempuan dan Betina

Otak pun dah tak tau nak fikir apa...
Minda jadi lemas....
Fikiran jadi rimas....
Benar orang cakap, hidup hampir mati bila benda yg paling tak diinginkan terjadi, terjadi...
Tapi aku tak pernah menidakkan kuasa Tuhan...
"Kalam"nya dah sebut, kalau Tuhan kata "jadilah" maka JADILAH...
Tapi aku redha....
siapa aku untuk
melawan kehendak yg Esa.
ah, aku tidak mahu melawan....tapi tangan ini aku tadahkan....
sebab apa yang terjadi buat aku terjaga dari lamunan....
buat aku celik dalam membezakan...
antara Betina dan Perempuan....

Aku pernah dengar seorang haiwan sosial ckp dekat aku...
Aku tak mencari betina....aku mencari perempuan...
pada mula aku xrasa di situ ada beza (aku bukan sexist, cuma pendapat)
tapi Tuhan mahu aku tahu tentang kebenaran....
serta bijak menolak kebatilan....

Perempuan itu....
Makhluk yg harus dihormati, dan dikasihi...
Tuhan jadikan Hawa dari rusuk adam, bukan dari skull kepala atau tulang kaki...
kenapa?
kerana perempuan itu untuk didampingi dan bukan di sanjung atau dipijak si lelaki....
perempuan itu CINTAnya hanya satu...tak kira apa...
cinta pada Tuhannya itu satu...
cinta pada makhlukNya itu satu....
perempuan itu setia pada yg satu....
pada Tuhan serta makhlukNya...ya, hanya satu...
Perempuan itu tahu erti dosa, erti pahala...
Perempuan itu tidak tahu berdusta....
kerna dia tahu, dusta itu menjatuhkan maruahnya....
dusta itu melupuskan sifat percaya...
dusta itu merosakkan segalanya....
dan perempuan itu, dalam "cinta" ...
kenal erti cinta...dan melafazkan cinta kerana faham dan merasai apa itu cinta...
dia tidak berkata kata cinta dgn selamba kepada sesiapa sesuka rasa...
kepada zulfadhli, hazwan basrol, syazwan, tidak...tapi hanya pada "Dia"

tapi Betina?
Betina itu punya segala....
Dusta itu kudapan jiwa....
Nista itu makanan hariannya....
Berkata benar itu kekok bagi mereka....
Tak usah berkata tentang cinta, kerana "betina" tak faham erti cinta...
kerana betina boleh mencintai satu, dua, ataupun tiga...
betina juga tidak faham erti setia....
kerana betina tidak mengenal siapa....

Aku bukan melabel mereka....
Bagi aku perempuan itu ciptaan Tuhan yang cukup indah....
Manusia yang membezakan mereka....kepada perempuan dan betina...
Perempuan itu adalah maruah...
Perempuan itu adalah pengorbanan....
Perempuan itu adalah kekuatan....
Suka tak suka, perempuan dan betina ada di luar sana...
Cuma kita yang perlu bijak menilai...
dan memilih...

Ini bukan satu luahan...
bukan satu cacian....
cuma satu realiti kehidupan...

satu medium ekspresi yang nyata...
satu ludahan kepala dan jiwa...

selamat malam haiwan sosial!

July 11, 2011

Aku Tidak Bodoh

Sorak manusia jadi pecah...
Kerana kau, aku, semua jadi marah!

Bila "tipu" jadi mainan mulut ....
Bila "helah" jadi santapan minda .....
Bila "lakonan semata" jadi pelapik muka ....

Dunia jadi kacau...
Kasih sayang porak peranda...

Maka,
Janji tinggal janji...
Mimpi tinggal mimpi....
Tapi aku "dikejutkan" ... aku "dibangkitkan" ....
Dari lena yang cukup mengasyikkan ....
Terima kasih Tuhan....
Kerana Kau aku tidak lalai...
Kerana Kau aku tidak alpa ....

Kerana Kau, Aku Tidak Bodoh

July 3, 2011

Apa Ibu Buat Tu?


Papan keyboard dah boleh dikatakan berasap,
Entri terakhir yang berkurun dulu dah boleh jadi indikator yang aku patut berhenti menulis.
Tapi siapa kisah, laman ini laman fikiran aku,
Apa yang dirasa, difikir oleh hati dan perasaan,
Ludahan kepala dan Jiwa.

Satu entri yang menggambarkan analogi kehidupan dan penghidupan.

Si anak kecil merangkak comel ala2 cartoon Nickelodeon,
merangkak merapati kaki si Ibu yang sibuk menyulam,
hasil sulaman ibu, memang tiada tolok lawannya,
ibarat kecantikan Katy Perry yang tiada siapa berani pertikaikan.
Si anak kecil terus merangkak,
fizikal yang kecil memaksa si anak mendongak, memandang ke atas.
Dilihatnya sulaman ibu dari bawah...

Buruk,
Berangkai-rangkai dan tidak terurus,
berselirat, macam rambut Alleycats,
Tapi si anak fikirkan balik,
Datin Alia Bee kata sulaman ibu menarik, =)
Aunty Rosie kata sulaman ibu cantik,
tapi...
- lantas ditanya oleh si anak :

"Ibu, kenapa sulaman ibu begitu. Coraknye tidak sempurna. Sisanya tidak terurus. Warnanya tidak sekata. Apa yang ibu buat tu?" kata si anak.
Si ibu lantas berkata dengan senyuman dan pandangan redupnya,
"Anakku, tatkala kau dewasa dan boleh memandang sulaman ini dari sudut yang betul, kau akan mengerti, dan kau akan akur dengan kecantikannya"

Analogi yang bagi aku cukup indah dan bermakna.
Dalam hidup, tak semua benda kita nampak sempurna. Kadang-kadang, di mata manusia biasa, dilihatnya sebagai hina, menyusahkan, dan membebankan. Terutamanya dalam aspek ujian hidup, pasangan hidup, atau sebagainya.
TAPI
dari pandangan yang lebih tinggi (pandangan Ilahi), segalanya berbeza,
hitam itu adalah putih...
jijik, kotor itu adalah cantik dan bersih...
menyusahkan itu menyenangkan itu...
tawa tangisan itu adalah teriak hiba.

Bukan semua yang "menyusahkan" itu, menyusahkan. Kita diuji atas pelbagai sebab. Tuhan saja yang tahu akan signifikannya.
Dan mungkin bagi kita, pasangan kita belum cukup sempurna, tapi di "mata" Tuhan, itulah yang terbaik buat kita...
Lantas, jangan cepat mengeluh, dan belajar untuk menghargai! =)

May 5, 2011

1Malaysia..... 1Budaya?

Tekan-tekan keyboard computer dekat library....
Pandang-pandang jam di tangan......
Tengok-tengok awek mat salleh keliling pinggang....

Rutin harian aku sebelum tunggu lecture nak mula...

Seorang gadis kacukan ala-caucasian tersepak kerusi mamat aussie handsome lagi tinggi lampai...
Gadis : "Ah, Sorry!"
Mamat : "Nah2, you're alright"

Satu perbualan yang akan kau dengar setiap hari di bumi Australia.

Contoh situasi lain ;

Mamat : "Hey, how are you going?!"
Gadis : "Not too bad, yourself?"

benda nie jadi budaya...
walaupun dengan org yang xdikenali...
walaupun sebenarnya kita xkisah dengan apa response org tu (peduli apa diorg sihat ke tak)... tapi ini yang disebut budaya....

Aku pelik a.k.a hairan a.k.a musykil a.k.a tertanya-tanya
Ini tak dituntut dalam agama diorang...
Diorang takde pulak budaya2 1Australia?
Diorang tak terkenal pun dengan kesopanan diorang....

Tapi..Malaysia...
1Malaysia?
Truly Asia?
Kesopanan tersohor?
Tuntutan agama?

Aku masih pelik dan hairan...
Ini bukan kritikan membuta... tapi realiti.....

- Lecturer dah memanggil!