September 5, 2010

Hari Melakar Senyuman


hari ini cukup 5 hari lagi sebelum Eidul Fitri...
hari yang semua Muslim nanti-nantikan...
hari yang mana semua Melayu itu mengaku Islam....
hari yang si muka tak malu pelanggar perintah berlebih2 merayakan kegembiraannya...
tapi tu perihal hiduo diorang, aku tak nak kisah...
dan aku tak nak sibuk...

sedang aku mengetuk papan kekunci sekarang ni,
kiri kanan depan belakang aku semua mat salleh...
seorang2 menyumbat makanan dengan sedapnya....
kalau nak ikutkan hati aku nak koyakkan mulut seekor2....tapi tak apa..
Ramadhan = sabar
so aku kena ikut formula tu

Kehangatan lebaran kali ini sekali lagi muram....
aku bersama sekelompok kecil makhluk dari tanah air cuba untuk menjadikan dia se"havoc" yang mungkin...
tahun ni,
tak ada lagi ganti2 langsir rumah...
tak ade lagi mop lantai dan hiasan rumah.,..
tak ada lagi hilai tawa ketika kuih raya diuli...
tak ada lagi beli belah di Jalan Masjid India, Kamdar, Sogo...
tak ada lagi kunjunganku ke Mydin...
semua itu sudah mati....
mungkin mati untuk 3 tahun lagi....

Hari ini keluarga, masyarakat Malaysia melakar senyuman...
ketibaan Syawal itu disambut dengan 1001 jenis kegirangan...
cuma aku di bilik kecil...
menjengah jendela.... mengharapkan sedikit gambaran kegembiraan...
di langit luas....
dapat ditunjukkan oleh yang Esa

August 29, 2010

Tergelincir Kepatuhan

Sedang jemari aku mengetuk papan kekunci ini, sipi - sipi cahaya terbitan mentari subuh sedang cuba menyelinap masuk menembusi ruang - ruang antara langsir yang mengatup tingkap di sebelah kiri pandangan mata aku.

Ah, matahari terbit lagi. Fikirku.

Fikirku lagi, apakah syaitan tidak pernah menghasut matahari supaya tidak terbit untuk sehari?

Tetapi, matahari belum pernah lagi ingkar suruhan Tuhan.

Aku? Manusia. Yang kadangnya tergelincir kepatuhanku. Kita juga. Tetapi Tuhan masih sayangkan kita semua sama seperti Dia sayangkan matahari.

AR-RAHIM.

Bersambung...

p/s: Selamat Pagi manusia.

July 18, 2010

Ibarat GIGI




Maaf dah lama menyepi,
Sebab Study, Exam.... argh... tapi ini semua perkara biasa...
Biasa untuk seorang yang bergelar manusia...
Biasa untuk yang masih bernyawa....
Biasa untuk yang masih punya cita-cita....

Hari ini aku terpanggil nak kongsi buah fikiran aku....
Suatu analogi kehidupan yang bagi aku cukup cantik....
Terpulang kepada penerimaan...
Aku tak paksa untuk berfikiran sehaluan dengan aku...
Ni blog aku, jadi suka hati aku lah nak fikir apa =D

Ni analogi kehidupan....
Atau lebih kepada cinta, kasih-sayang, berpasangan...apa sahaja yang kau nak namakan....
Semua itu .... cinta, kasih, pasangan.... tak ubah seperti GIGI kita...
kenapa GIGI?

Bila GIGI itu cantik, rapi, GIGI jadi kebanggaan kita....
GIGI itu jadi tayangan setiap kali kita senyum dan ketawa...
orang mula kagum melihat GIGI kita....
kerana itulah aset kita yang mungkin orang lain tiada....

Satu hari, GIGI kita mula rosak, mula sakit...
kita rasa pedih...kita merana....
dan tiada lagi senyum dan tawa yang boleh kita ukir...
Setiap kali GIGI sakit, lidah yang lembut akan mengusap gigi yang sakit....
cuba untuk menenangkan si GIGI yang berperangai...
si GIGI tetap degil, dan terus menambah keperitan tuan empunya badan....

Pada satu tahap, kita mula fikir,
inilah masanya, ya benar, sabar itu ada batasnya utk setiap manusia biasa...
Kita segera berjumpa doktor gigi, dan ambil keputusan untuk mencabut GIGI tu...
sakit yang ditanggung masa dicabut (Tuhan saja yang tahu),
sakit yang teramat sangat... TAPI
sakit itu bukan selamanya.... sakit itu bersifat sementara...
untuk kehidupan yang lebih bermakna dan selesa ...
di hari muka =D

GIGI ini tak ubah seperti pasangan hidup....
Ada masa diorg lah org yang paling tahu nak gembirakan kita...
dan untuk sesetengah manusia, pasangan mereka menjadi kebanggaan utk ditayang di muka dunia....
Tapi hari akan tiba, bila si pasangan mula berperangan menyakitkan hati...
Tapi kita bersifat mcm lidah (lembut) cuba untuk menenangkan si dia yang xreti bahasa...
dan terus berperangai mcm org tak siuman...

Sampai satu masa, kesabaran kita dah sampai ke puncak....
kita tahu, untuk melepaskan dia bukan satu benda yang mudah...
ianya sakit...
tapi mcm cabut gigi, sakit itu bersifat sementara...
walaupun mula2 pedih yang amat....
lama2, kita dapat biasakan dengan kekosongan yang ada dlm barisan gigi kita....
dan mana tahu, satu hari nanti Tuhan akan gantikan dengan GIGI yang lebih baik...
lebih cantik...
dan takkan rosak? =D

p/s : pengajarannya, rajin2 lah gosok gigi dan selalu2 lah buat regular check-up dengan dentist..

Sekian, salam gigi berlubang



May 19, 2010

Seni Itu Bogel


Ini bukan entri lucah yang macam kepala otak korang rasakan...
ini entri pasal seni....
Pasal apresiasi apa itu seni....
Pasal kritikan sinis lagi manis untuk manusia yang tak kenal apa itu seni,
Hanya dengan paras rupa menggoda,
mereka fikir seni itu boleh dibeli...

Macam beli barangan dalaman dekat La Senza,
Macam beli ice-chocolate dekat Gloria Jeans,
Macam beli seluar jeans dekat Pertama Complex.
Oh bukan...bukan macam tu...

Seni.... seni itu bogel....
Lukisan, Tulisan, Pementasan Teater,
Itu seni...Bagi aku seni itu bogel...
Ya, seni itu bogel....

Jangan risau, seni itu tidak lucah....
Seni itu tidak ternilai dengan sebarang apa di dalam dunia...
Bogel itu cuma analogi...
Kenapa BOGEL?

Pinjamkan aku dengan kepala otak dan imaginasi korang yang tak berapa best tu buat seketika,
Seorang gadis, Seorang lelaki....
Berpakaian cantik... bertutup litup dengan baju segala...
lalu satu persatu aku rungkaikan...
satu persatu aku hilangkan....
apa yang tinggal hanyalah diri mereka ...
Tiada topeng...
Tiada samaran ilusi...
Tiada penutup segala..
Yang hanya adalah mereka...

Seni itu satu refleksi...
Lukisan itu refleksi... Tulisan itu refleksi....
Pementasan seorang pengarah teater itu refleksi...
kenapa?
Kerana apa yang dipentaskan itu adalah cermin si pengkarya...
Kita kenal pengkarya itu dari karyanya...
Bukan dari Facebook, bukan dari Twitter atau Myspace...
(Tapi aku kenal Jessica Michibata dari Facebook, xpela, sebab dia bukan pengkarya) =D

Karya seni itu suatu pemikiran...
suatu medium pencermin apa yang tersimpan didalam...
Kita tahu prinsip seseorang berdasarkan karya yang mereka sampaikan...
Sosialis?
Patriotik?
Semua itu kita rungkai dari karyanya...

Karya seni itu jujur...
Seni tidak menipu, seni tidak hipokrit...
Seni itu asli, dan lahirnya dari dalam....
Apa yang ditulis, itulah sifatnya...
Ya, seni itu adalah warna mereka....

Semua punya seni,
Kita dilahirkan dengan pakej seni yang cukup indah dan berbeza dari tiap sesorang...
Tuhan itu tidak prejudis...
DIA mahu semua tahu seni itu ada....
cuma bukan semua dari kita tahu bagaimana ia dapat ditafsirkan,
hanya mereka dengan kelebihan tersendiri yang bersifat semulajadi...

Seni itu bogel,
Seni tidak seperti manusia...Seni sentiasa menampakkan segalanya...
Indah, mulia, busuk, kotor, semua dapat ditampakkan dengan jelas..
Seni tidak dapat ditutup dengan selendang dunia...

Seni itu ada di mana-mana....
tak penting samada kita itu pengkarya, pentafsir, pembaca, penonton...
atau apa..
cuma apresiasi itu yang kite mahu...
kerana pengkarya itu mahukan seni mereka dihargai...
LEBIH dari apa yang mereka dapati...
pada hari ini...

* Tafsiran pengkarya itu terpulang kepada individu...Siapa mereka? Aku tiada jawapannya... Jika kau rasa karya itu memikat, itulah pengkarya... Tapi sejujur-jujurnya, aku xpernah anggap haiwan2 sosial yang buat filem sampah yang melambak dekat tanahair aku sebagai pengkarya.
alasan mereka cukup mudah. Mahu mendidik...
"Kita tak mahu budak Melayu naik motor jadi rempit, pasal tu kita buat cerita rempit. Nak bagi pengajaran" kata si Bodoh 1.
"Kita nak bagi kesedaran kepada gadis2 Melayu supaya jangan ikut jejak bohsia, jadi kita buat filem Bohsia untuk mendidik mereka" kata si Bodoh 2.
"Kita nak naikkan industri perfileman tanahair. Jadi taraf kita mesti sama dengan Hollywood. So kita kena tayang semua badan2 pelakon2 kita" kata si Bodoh nak mampos 3.

Apa benda semua ni? Kita sebenarnya mendidik si MELAYU2 yang masih mentah untuk cuba benda2 ni! Kumpulan sasar filem2 sampah nie siapa lagi kalau bukan budak sekolah. Lepas tu mula lah nak try benda2 yang diorang tak pernah try. Lagi satu, kalau nak buka baju tunjuk segala, pelakon Hollywood itu mengiurkan (bagi sesetengah orang la, aku tak), tapi pelakon kita menjijikkan! Cuba lah buka mata wahai rakyat tanahairku yang budiman. Kalau mahu mendidik, buat satu filem sudah cukup, Ini filem pasal bohsia dan motor je dah nak dekat sepuluh. Tak nampak lagi?

Aku bukan apa, aku cuma sayangkan Melayu. =(
Aku sedih Melayu diperbodoh sebegitu rupa.
Aku sedih seni itu dinoda.

Selamat Malam








March 1, 2010

Jom Buang Anak ! (Kisah SEORANG Kucing)



Kenyang,

Baru lepas melantak sisa ayam KFC kat belakang kedai Pak Abu,

Ayam tak habis, dekat tepi2 lorong busuk,

Dalam tong sampah….

Daripada membazir, baik aku habiskan…

Tapi lupa pulak....

Anak aku dengan Montel besar kemungkinan tak makan lagi...

Montel sakit...

Tak dapat nak bagi susu...

Haih, sumpah menyusahkan....

Aku nekad, gigit si kecik, bawak jauh2 dari rumah aku dengan Montel,

Campak jauh-jauh, nanti tak dapat die nak carik jalan balik...

Anak celaka !!!

PADAN MUKA =)


Jalan, jalan lagi, jalan lagi....

Anak aku dengan Comot ape cerita?

Aku dah malas nak carik makanan untuk dia,

Makanan aku pun tak terurus, nak carik makanan untuk dia pulak...

Memang anak tak berguna...

Aku balik rumah Comot...aku nampak anak kitorang tengah tidur...

Aku perlahan2 gigit tengkuk dia...

Bawak belakang rumah Din, dekat situ ade busut...

Letak anak aku dekat situ....

Tempat tu best, banyak gila semut api...

Boleh diorang makan anak aku nanti bila dia mati...

Biar dia mampos kat sini!!!

PADAN MUKA =)


Jalan, jalan lagi, jalan lagi....

Anak aku dengan Ginger (latest ex-gf aku) ape cerita?

Aku dah penat,

Balik merayau dari luar, kalau aku balik rumah Ginger,

Anak aku mesti merengek-rengek, nak kan belaian aku...

Bermanja-manja konon...

Dia tahu tak aku tak bersedia langsung untuk semua tu?

Lahir dia pun xpernah aku mintak!

Aku culik die dari Ginger,

Aku bawak tepi kubur Cina, ada tong sampah besar... Cantik, colour hitam !

Aku campak dia kat dalam...

Aku ambik minyak petrol, aku simbah...

Putung rokok Kassim yang dia tinggalkan aku nyalakan buat api mula untuk membakar anak sial tu!

Mampos dengan kau...

PADAN MUKA =)


Sekarang hidup aku dah senang... =)

Aku bebas dengan kucing2 betina simpanan aku...

Aku bebas dengan kucing betina lain yang tak pernah kisah harga diri...

Aku bebas mengaku aku lebih esa dari Tuhan...

Nyawa tu pilihan aku, aku yang tentukan hidup mati kucing2 kat dunia ni...

Aku tahu aku buat benda yang betul.....

Takut?

Kenapa harus takut?

Aku tak ada agama.....

Malu?

Kenapa harus malu?

MANUSIA PUN BUAT !


Sebab setahu aku, bezanya manusia dan aku...

Hanya agama dan sifat malu....

Hah =)

Aku tak perlu takut...

Tak perlu....


- kisah Si Buntal (kucing Siam) - 10:00pm - Belakang Lorong Haji Taib


apa lagi... jom buang anak...