July 30, 2011

Aturan Hidup


12.49 am . . .
Suhu keliling : 9 Celsius
Keadaan sekeliling : 5 butir bintang dekat langit yang aku dapat tengok dari tingkap bilik aku
Salakan anjing jiran yang bernama Sam : 7 kali seminit
Bunyi kedengaran : Hp house mate, BBM phone aku, dan bunyi org masak kat dapur

Aku mula berfikir gunakan otak yang tak seberapa pandai ni,
kenapa....
suhu, keadaan, salakan Sam, bunyi yang kedengaran semalam jam 12.49 am tak sama dengan apa yang terjadi masa sekarang waktu papan keyboard aku meletup2 ni....
kenapa...(berfikir sambil teguk air coke 80c sebotol - paling murah kat supermarket)

sebab segalanya ada ketentuan...
segalanya ada peraturan....
semuanya dah ditulis oleh "Pengarang" atau "Pengarah" terhebat di atas sana....
siapa kita untuk mendabik dada bila sedikit kejayaan dapat kita kecapi?
sedangkan si "Dia" tidak memerlukan siapa utk "merancang" segalanya di muka bumi....

"Pengarah" itu mahu kan kita akur pada arahanNya...
sejak matahari dicipta,
matahari tidak pernah engkar untuk terbit dan menyinar ....
sejak bulan dicipta,
bulan tidak pernah bongkak untuk menerangi kegelapan malam....

lantas...siapa kita?

dan aku percaya....
"Pengarah" dan "Perancang" itu turut mahu kita "mengarah & merancang",
bukan untuk mengatur alam, tetapi mengatur kehidupan....
peluang ini sekali.... bukan dua bukan tiga....
bila kau mati, peluang itu tak akan kembali.... lupakan....jangan berangan...
gagal bererti gagal...mengerti?

jadi segalanya harus dirancang....
agama mana yang mahu kau pilih?
sunnah siapa yang mahu kau ikuti?
bagaimana jasa ibu ayah boleh kau kenang?
dengan siapa hidup kau ini mahu kau kongsi.... siapa teman kau?
dan banyak lagi.... (aku malas nak taip panjang sebab aku dah mengantuk)
ingat...peluang hanya sekali....
sebab?

kesilapan pada agama, maka jawapannya neraka...
kesilapan pada sunnah dan ikutan, jawapannya turut neraka,
kesilapan pada ibu ayah, maka jawapannya derhaka!
kesilapan dalam memilih pasangan hidup, maka jawapannya celaka!
ingat.... peluang hanya sekali....

------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : satu cadangan ringkas. aku mencadangkan korang2 semua untuk try lawat blog ni.
satu2 nya blog yang aku rasa cukup bagus tulisannya. aku dapat rasakan segala2nya ditulis mengikut kata hati, dan bukan sumber lain. Dan aku cukup bangga sebab die ex-schoolmate aku dulu! tapi sebelum tu aku ada pesanan ringkas :
  1. kepada orang yang tak ada hati dan perasaan
  2. kepada bimbo omaigod/o-em-gee / euuuwww
  3. kepada pembenci blog aku
  4. kepada mamat2 berlagak macho nak mati
TAHNIAH, anda semua dikecualikan dari cadangan utk lawat blog kawan aku ni. satu word untuk korang - pergi "mampos" =) baik bukak facebook, twitter or tumblr ke sebab kat situ boleh crite pasal fashion atau stalk orang atau nak menggatal dgn orang ye.....

oh yea, salam ramadhan buat umat Islam di seluruh dunia terutamanya Ibu dan Ayah aku, serta family kat K.L. Allahumma Balighna Ramadhan =)

2 comments:

muLan mia said...

"Pengarah" itu mahu kan kita akur pada arahanNya...
sejak matahari dicipta,
matahari tidak pernah engkar untuk terbit dan menyinar ....
sejak bulan dicipta,
bulan tidak pernah bongkak untuk menerangi kegelapan malam....

lantas...siapa kita?"


cool this one.. kmu amik pengajian sastera ke di sana??..


p/s : wow, im speechless.. haha.. "tulisan pakai hati" yap... and kmu juga...... jujur dari hati..


hidupbaik2 ye naza~

muLan mia said...

btw.. terima kasih, sudi mengiklankannya di dinding kmu ni... sangat menghargai...

Post a Comment