July 27, 2011

Perempuan dan Betina

Otak pun dah tak tau nak fikir apa...
Minda jadi lemas....
Fikiran jadi rimas....
Benar orang cakap, hidup hampir mati bila benda yg paling tak diinginkan terjadi, terjadi...
Tapi aku tak pernah menidakkan kuasa Tuhan...
"Kalam"nya dah sebut, kalau Tuhan kata "jadilah" maka JADILAH...
Tapi aku redha....
siapa aku untuk
melawan kehendak yg Esa.
ah, aku tidak mahu melawan....tapi tangan ini aku tadahkan....
sebab apa yang terjadi buat aku terjaga dari lamunan....
buat aku celik dalam membezakan...
antara Betina dan Perempuan....

Aku pernah dengar seorang haiwan sosial ckp dekat aku...
Aku tak mencari betina....aku mencari perempuan...
pada mula aku xrasa di situ ada beza (aku bukan sexist, cuma pendapat)
tapi Tuhan mahu aku tahu tentang kebenaran....
serta bijak menolak kebatilan....

Perempuan itu....
Makhluk yg harus dihormati, dan dikasihi...
Tuhan jadikan Hawa dari rusuk adam, bukan dari skull kepala atau tulang kaki...
kenapa?
kerana perempuan itu untuk didampingi dan bukan di sanjung atau dipijak si lelaki....
perempuan itu CINTAnya hanya satu...tak kira apa...
cinta pada Tuhannya itu satu...
cinta pada makhlukNya itu satu....
perempuan itu setia pada yg satu....
pada Tuhan serta makhlukNya...ya, hanya satu...
Perempuan itu tahu erti dosa, erti pahala...
Perempuan itu tidak tahu berdusta....
kerna dia tahu, dusta itu menjatuhkan maruahnya....
dusta itu melupuskan sifat percaya...
dusta itu merosakkan segalanya....
dan perempuan itu, dalam "cinta" ...
kenal erti cinta...dan melafazkan cinta kerana faham dan merasai apa itu cinta...
dia tidak berkata kata cinta dgn selamba kepada sesiapa sesuka rasa...
kepada zulfadhli, hazwan basrol, syazwan, tidak...tapi hanya pada "Dia"

tapi Betina?
Betina itu punya segala....
Dusta itu kudapan jiwa....
Nista itu makanan hariannya....
Berkata benar itu kekok bagi mereka....
Tak usah berkata tentang cinta, kerana "betina" tak faham erti cinta...
kerana betina boleh mencintai satu, dua, ataupun tiga...
betina juga tidak faham erti setia....
kerana betina tidak mengenal siapa....

Aku bukan melabel mereka....
Bagi aku perempuan itu ciptaan Tuhan yang cukup indah....
Manusia yang membezakan mereka....kepada perempuan dan betina...
Perempuan itu adalah maruah...
Perempuan itu adalah pengorbanan....
Perempuan itu adalah kekuatan....
Suka tak suka, perempuan dan betina ada di luar sana...
Cuma kita yang perlu bijak menilai...
dan memilih...

Ini bukan satu luahan...
bukan satu cacian....
cuma satu realiti kehidupan...

satu medium ekspresi yang nyata...
satu ludahan kepala dan jiwa...

selamat malam haiwan sosial!

3 comments:

muLan mia said...

wow.......... quite good. maksudnye benar.. dan luahan nya tepat.. hidupbaik2 ya :)

Nazha said...

thanks mia :)

Anonymous said...

:'(

Post a Comment