July 30, 2011

Kau Pilih Itu ?


Kau berhenti....
Kakimu kaku....
Langkahmu buntu....

Di satu persimpangan dan pembahagian ....
di mana kau harus membuat keputusan....
jangan tanya siapa.....tanya kau, tanya jiwa, dan tanya hati...
kerana kisah ini tentang kita, dan bukan mereka...

Kau berhenti....
Kakimu kaku,
Langkahmu buntu.....

Tiba masa, jiwamu nekad...
Kau pilih "jalan" itu.....
dan kini tiba masanya aku pula buntu....
lantas aku bertanya, kenapa itu? dan bukan ini?

sedang kau tahu, mahu ku INI, dan bukan ITU!
kita juga tahu, "ITU" akan buat kau aku menangis...
ITU akan buat segalanya punah....
tapi tetap....kau pilih ITU ....

sekelip mata,
angin menghapus segala kenangan....
hujan membuang segala impian....
aku tak mahu melawan....kerana ITU pilihan kau...

aku mahu terus menangis,
diteman seribu satu senyuman hari baru

1 comments:

muLan mia said...

Jalan pilihan.. mahu itu atau itu..
mahu ini atau ini...
atau duduk diam.. tanpa buat pilihan...


karya ini pun best!

Post a Comment