July 13, 2009

Nafas Penulis....

Nafas seorang penulis,
Semakin lama semakin lemah,
Itu harapan si haiwan sosial yang tak tahu erti harga diri.
Bila dia dikritik, dia melantang,
Bila dia ditegur, dia melenting,
Bukan ini, bukan itu...bukan segalanya...

Aku hanya menulis,
Bukan kerana nama,
Tapi kerana realiti yang semakin menghimpit,
realiti yang terus membuat aku menjadi malu,
menjadi hina dan menjadi kecil...

Aku menulis tentang si Melayu,
Aku membuka mata si bangsat2 lena,
yang cukup angkuh dengan nama dan sejarah.
Tapi,
Aku ini dikatakan bukan Melayu,
Aku dikatakan membuka pekung di dada..
Sampai bila? Kita mahu jalan mendada,
sedang realiti kita tersisih hina?
Sampai bila mahu terus berlakon dan terus melupakan segala?

Aku menulis tentang si "dia" berpangkat besar,
Aku membuka mata si pemimpin2 "berjiwa rakyat",
Aku menceritakan segala,
Namun aku dikatakan pengkhianat,
dikatakan mahu mengguling dan memberontak,
dikatakan mahu memberi malu,
kepada tanahair sendiri.

Aku membantah segala macam hiburan,
yang terus membuat bangsaku hanyut,
realiti TV, artis2 sampah,
yang cukup pandai menjual nama,
sedang mereka tahu bakat mereka hanya secebis,
jika dibandingkan populariti yang gah tak terkata,
dan terus membuat anak2 bangsa lena, lalai, dan terleka...
Namun aku digelar si penghenti industri.
Tapi sampai bila?

Sampai bila kita harus mencantas si kerdil2 ini?
yang punya kesedaran mahu membangunkan bangsa?
sampai bila kita mahu terus angkuh?
dan mengatakan akulah segalanya.
nafasku tidak terhenti. biar celaka, biar apa...
aku akan tetap...
mendongak merenung realiti...

0 comments:

Post a Comment