July 27, 2009

Perginya "Seorang" Bintang....



Malaysia dikamjatkan,
Mak Jah yang tengah parut kelapa pun ternganga....
Pak Usop yang tengah lipat kain pelekatnya pun terhenti seketika....
Lebai Talib yang on the way nak pergi surau pun termanggu sekejap...
Dek berita pemergian seorang bintang....
pengkarya agung,
penggiat seni,
pelonjak nama.....
teater dan filem tanah air....
Yasmin Ahmad....

Berita beliau dimasukkan ke hospital Damansara Specialist,
buatkan seluruh rakyat malaysia terkejut dan terpinga-pinga...
"Haemorrhagic Stroke" yang dialami dalam sekelip mata membuatkan beliau tidak sedarkan diri...
terus terlantar di hospital....
koma dan kembali ke pangkuan Ilahi...
Inilah yang dikatakan takdir...dalam sekelip mata,
perkara yang jauh dari fikiran manusia,
kalau dah sampai masanya,
maka jadilah...tetap akan jadi...

Hari ni...tiada lagi Yasmin Ahmad...
Maka berakhir jugak lah riwayat ...
Si Sepet,
Si Gubra,
Si Mukhsin,
Si Muallaf.....
dan hari ini jugak...tamat jugaklah riwayat...
iklan2 raya petronas hasil karya beliau...
iklan2 yang jadi bualan masa kita kat kampung.... =D
sebab kesannya yang cukup mendalam kepada si penonton...
tiada lagi...
"ombak jahat!!"...."bawak lembu atas rakit"...."pakcik jalan dalam hujan dan ditinggalkan oleh si pembawa kereta masa nak berbuka"...
maka hilanglah segalanya...
iklan yang cukup berjaya membuka mata....
si anak2 lupa diri kat kota yang xreti2 nak jenguk mak bapak kat kampung masa raya...
segalanya terhenti setakat nie...

Tapi...inilah kehidupan...
dan inilah realiti...Tuhan menjanjikan segala...
yang berdiri pasti akan jatuh...
yang bernafas pasti akan mati...
yang bermula pasti akan berakhir...
yang bertemu pasti akan berpisah...
segalanya sudah ditulis...disurat....
cuma menunggu masa untuk tiba...

Jadilah manusia yang redha dengan yang ada...
yang pergi tetap pergi...
berjuta wang ringgit akan ditinggal segala....
karya berjela akan luput ditelan zaman...
keluarga pembawa ceria terpaksa melambai tatkala dikafankan...
semuanya...semuanya berakhir...berhenti disitu...
cuma amal, doa, dan sedekah , buat teman setia...

Al-fatihah...buat Yasmin Ahmad..(July 1, 1958 - July 25, 2009)

semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang bertakwa...


4 comments:

Anonymous said...

test

struck minded said...

al fatihah to yasmin ahmad

zaidatul said...

beautifully written...

nazha said...

thank you, zaidatul.....

Post a Comment