July 1, 2009

"Wayang Siapa Kalau Bukan Wayang Kita"


Sebelum aku bertolak ke road trip Brisbane bersama rakan2 yang best kat newcastle nie, aku join diorg utk tgk crite transformer2... Cukup best dan cukup untuk aku rasa xsia2 aku bayar duit tiket...plot tersusun, grafik yang maha modern, segalanya hampir sempurna.... Aku mula terfikir...

Kalau la satu hari nanti, aku boleh nampak orang kita sendiri yang buat filem2 yang macamnie...filem yang xmasuk akal untuk terima ke"best"an jalan cerita dia...

Mungkin ada sahabat jitu kita yang pernah dengar orang bercakap pasal "filem sampah", "filem kosong"... Bagi aku, itu je kata2 yang terbaik untuk ditampal dan diselak kat muka pengarah2 filem tempatan yang mana mempunyai kepalaotak tak lain dari mengaut keuntungan membuta. Filem sampah, filem kosong, bagi aku tak ubah macam jual harga diri. Kite buat karya, dan kite jual untuk dapat keuntungan. Tapi kalau karya kita tu setakat taraf batu sungai, layak ke kita nak bersaing dengan dunia luar?

Aku bukan nak bangkitkan pessimism dalam kalangan masyarakat tempatan. Tapi cuba bukak mata, buka hati dan banding cerita2 "hebat" kita macam "I'm Not xxx, Impak xxxx, Nana Taxxx,...dan cuba kita fikir... filem yang berlatarbelakangkan masyarakat mami penang je dah
berapa banyak filem yang kluar.? dan plot nye sume hampir sama. Apa kita dah habis idea ke? Sekarang cuba bandingkan dengan cerita2 lain seperti 300. Tiket di pawagam xde yang lain...sume sama utk sume cerita..tp kenapa ada perbezaan quality....??

Baik, bagi sahabat yang bagi alasan teknologi kita xsehebat diorang. Fine, buat cerita yang simple, tapi plot penceritaan yang kreatif! Malah banyak je cerita barat yang berkisarkan kekeluargaan tapi quality nye cukup hebat. Nah, alasan ape lagi?

Cukup dengan cerita2 sampah yang xpatut jejakkan kaki dan tempelkan muka di pawagam. Cukup dengan cerita yang motif nya tiada, kosong! Buka mata, golongan yang menjadi sasaran si bangsat2 ini adalah golongan pelajar2 sekolah terutamanya budak2 melayu. Promote sikit kat tv, weekend terus ajak kawan2 tgk movie. Mereka belum cukup arif untuk menilai sesuatu, kita yang ada akal nie perlu menyuluh jalan hadapan. Mahu bukti? Cuba tgk...masa hari raya contohnya...keluar 4 5 filem DARI PENGARAH YANG SAMA yang telah dihasilkan dlm masa 1 2 tahun. Masuk akal ke? dan filem2 tue bukan filem2 lama, filem2 yang baru je masuk pawagam. Logical thinking, satu pengarah buat 4 5 filem dalam masa yang amaaat singkat! Xmasuk akal...dan hasilnya? Semua jalan cerita, pelakon, plot, latar, mesej, motif, terlingkup dan tunggang terbalik...asalkan siap, dan boleh kaut duit dari orang2 yang masih tidur lena....Lepas tue marah bila orang xsupport filem tempatan! hahaha...kadang2 perangai manusia nie nak buat aku gelak pun ade...

Bangunlah masyarakat "intelek", masyarakat "dua abad", golongan ini cuba untuk mengambil kesempatan....Selamatkan mereka dari mendabik dada angkuh dan berkata, akulah "pengkarya agung!"

0 comments:

Post a Comment